KOTA KINABALU – Pelaksanaan program Saringan Literasi dan Numerasi (Linus) di peringkat sekolah akan terus diadakan meskipun program itu tidak lagi dikendalikan Kementerian Pendidikan, bermula tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata pendekatan itu dibuat supaya setiap sekolah dapat mengenal pasti dan mencari kaedah untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi di sekolah masing-masing.
"Bagaimanapun, kementerian akan sentiasa memberi sokongan setiap aktiviti Linus bagi memastikan program itu terus berjalan. Tetapi pakej program Linus dari atas (kementerian kendalikan di sekolah), kita akan tiadakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Executive Talk’ bersama warga pendidik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di Dewan Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.
Program Linus yang mula diperkenalkan sejak 2009 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan merupakan program pemulihan bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Dalam pada itu, Dr Amin berkata keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018, yang mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran meningkat membuktikan kementerian berada di landasan betul apabila memberi penekanan kepada penguasaan minimum dan pembelajaran berkonsepkan ‘fun learning’.
"Apabila kita menekankan kepada penguasaan minimum, ‘fun learning’ dan ‘meaningful learning’ itu, kita dapati ‘A’ dalam semua mata pelajaran meningkat selain mampu menyelesaikan banyak masalah walaupun sebelum ini ramai menyuarakan kebimbangan sekiranya kaedah itu digunakan,” katanya. - Bernama