Lelaki lumpuh rentung dalam kebakaran tiga buah rumah

Iklan
Seorang lelaki lumpuh ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Padang Tembak, Kampar.

KAMPAR - Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Padang Tembak di sini pada Khamis.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Ahmad Baser Razali, 50, merupakan pesakit lumpuh ditemukan meninggal dunia di atas katil.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, isteri mangsa berusia 60-an yang terselamat dalam kejadian itu telah dikejarkan ke Hospital Kampar akibat sesak nafas.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dan Tapah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 11.48 malam.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, api dalam keadaan marak dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit.

"Kebakaran melibatkan rumah mangsa yang musnah 90 peratus, manakala rumah kedua dan ketiga masing-masing musnah 80 dan 40 peratus," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemukan mangsa terbaring dalam keadaan rentung di atas katil berhampiran pintu hadapan rumahnya.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya

"Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan oleh Pasukan Forensik Bomba," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sayu dengar jeritan ayah minta tolong'