SHAH ALAM – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Sabah Timur sehingga jam 11 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer (km) sejam dan laut bergelora.