Smith Rowe mahu jadi macam Bergkamp, Ozil

Iklan
Aksi bertenaga Smith Rowe (kiri) ketika berdepan Fulham dalam perlawanan liga di Stadium Emirates, London pada musim lalu. - Foto AFP
TONGGAK tengah Arsenal yang sedang meningkat naik, Emile Smith Rowe memberi komitmen apabila menyambung kontrak jangka panjang bersama The Gunners.

Menurut jurucakap The Gunners, pemain skuad Bawah 21 tahun England itu yang merupakan produk Akademi Arsenal telah bersama kelab London sejak berusia sembilan tahun antara pemain pilihan pengendali, Mikel Arteta apabila tampil dalam 33 perlawanan kesemua pertandingan musim lalu.

Tambah kelab itu lagi, Smith Rowe berusia 20 tahun telah diberikan penghormatan menyarung jersi nombor 10 yang digunakan oleh Mesut Ozil dan Dennis Bergkamp.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya, semasa kecil saya sering menyaksikan kelibat Dennis Bergkamp dan semasa melalui proses mengembangkan karier di akademi, Mesut Ozil juga berada di sana.

"Tambah menarik apabila dapat berlatih bersama dan beraksi dengan Mesut Ozil, yang merupakan pengalaman yang luar biasa.

Iklan

"Namun, apa yang pentingnya kini saya bertekad untuk bekerja lebih keras dan berharap suatu masa nanti dapat menjadi pemain seperti Dennis Bergkamp dan Mesut Ozil," katanya.

Arsenal kendalian Arteta yang mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada kedudukan kelapan musim lalu, akan menyingkap tirai saingan liga menentang kelab yang baru dinaikan dari Liga Kejuaraan, Brentford pada 13 Ogos depan.

Iklan