KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan gimik jualan murah yang terdapat dalam internet kerana kebanyakan produk yang dijual adalah daripada laman sesawang atau aplikasi yang tidak berdaftar.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.