Tingkat langkah keselamatan, penyelenggaraan feri: PM

Iklan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan agar langkah-langkah keselamatan dan penyelenggaraan perkhidmatan feri di Langkawi dapat dipertingkatkan susulan kejadian feri terbakar, semalam.

"Kita bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Perdana Menteri menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Feri terbakar: Maklumat awal punca kebakaran dari bilik enjin

https://www.sinarharian.com.my/article/14970/BERITA/Tragedi/Feri-terbakar-Maklumat-awal-punca-kebakaran-dari-bilik-enjin

Iklan

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, 52 penumpang feri Dragon Star 1 berhadapan detik cemas apabila feri itu terbakar sebaik bertolak dari Terminal Feri Kuah, Langkawi menuju ke Kuala Perlis.

Kesemua penumpang diselamatkan oleh bot dan feri lain yang berada berdekatan feri itu.

Iklan

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan orang awam yang membantu menyelamatkan mangsa kejadian itu. - Bernama