Guardian tawar hadiah bernilai RM50,000

Iklan
Anugerah Guardian 2021 menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan.

SHAH ALAM - Guardian Malaysia (Guardian) mengadakan Anugerah Guardian 2021- Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan tahun ini untuk memberi peluang kepada pengguna memilih jenama kecantikan dan kesihatan kegemaran mereka dengan menawarkan hadiah bernilai RM50,000.

Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty, Anna Ng berkeyakinan anugerah itu akan kekal sebagai anugerah yang paling berprestij dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama serta kategori yang terlibat.

Iklan
Iklan

"Ia memberikan gambaran yang bebas dan adil terhadap jenama yang telah memberi impak paling besar kepada pelanggan. Malah jenama itu juga akan mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai pemilihan jenama yang dibuat oleh pengguna,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 107 jenama akan mengambil bahagian dengan lebih 410 produk bertarung dalam merebut 75 anugerah dalam enam kategori utama iaitu Jenama Baharu Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.

Iklan

Anna berkata, pelanggan Guardian boleh menyaksikan video ulasan produk kegemaran mereka oleh influencer di dalam talian di http://awards.guardian.com.my.

Menurutnya, penyertaan untuk peraduan itu adalah percuma, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua pelanggan yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Iklan

"Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan,” katanya.

Dalam pada itu, Anna berkata, undian dibuka dari sekarang sehingga 27 Julai 2021dan semua pengundian adalah secara dalam talian (online).

Katanya, pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi serta had nombor penyertaan juga tidak dikenakan.

"Setelah undian dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus di stor online Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.

"Semua pelanggan yang mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk sebuah hadiah utama iaitu Vespa Primavera S150,” katanya.

Anna berkata, selari dengan peningkatan pembelian dalam talian kerana sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Guardian optimis lebih ramai pelanggan akan mengundi dalam anugerah itu.

"Anugerah ini merupakan platform undian pelanggan yang relevan pada hari ini kerana Guardian boleh berhubung, berinteraksi dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan serta tingkah laku pelanggan yang sentiasa berubah dan berkembang terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19.

"Semua pelanggan boleh mula mengundi untuk menyuarakan pilihan anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan dan mengenai pengundian, boleh melayari http://awards.guardian.com.my.