Menangi Honor Earbuds 2 Lite

Iklan
Honor Earbuds 2 Lite.

SHAH ALAM- Honor Malaysia menawarkan hadiah Honor Earbuds 2 Lite menerusi Peraduan Power Up bersama Joox X Honor bermula 23 Julai hingga 29 Julai 2021.

Honor Malaysia dalam satu kenyataan ada Jumaat memaklumkan, untuk menyertai peraduan itu, pelanggan hanya perlu mengunjungi laman media sosial Facebook Honor Malaysia, kemudian ‘Like’ dan kongsi hantaran tersebut.

Iklan
Iklan

"Seterusnya, mereka perlu mencari senarai main Power Up! di Joox dan mula strim. Seramai lima pendengar terawal yang berjaya mencapai durasi strim 32 jam berpeluang membawa pulang Honor Earbuds 2 Lite yang bernilai RM299.

"Jumlah durasi penstriman anda untuk Power Up! akan direkod berdasarkan sistem data Joox untuk mengenal pasti pemenang,” katanya.

Iklan

Menurut Honor Malaysia, peraduan itu hanya terbuka untuk semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan pengguna yang pernah memenangi mana-mana kempen dan peraduan Joox dalam tempoh 90 hari tidak layak untuk menyertai Power Up bersama Joox X Honor! Strim dan Menang.

"Pemenang akan menerima makluman menerusi mesej dalam aplikasi Joox dalam tempoh 10 hari waktu bekerja selepas tarikh tamat peraduan tersebut.

Iklan

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh ke laman Facebook Honor Malaysia.