Wakil rakyat hadir sidang Parlimen perlu patuh SOP

Iklan
Ahmad Marzuk Shaary.

MACHANG - Wakil rakyat yang akan hadir ke sidang Parlimen dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana telah ditetapkan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pematuhan SOP itu penting bagi mengelakkan tercetusnya kluster Covid-19 sepanjang tempoh persidangan Parlimen itu berlangsung.

Iklan
Iklan

"Semua yang terlibat termasuklah pegawai pengiring, pemandu dan sebagainya perlu mengikuti segala syarat dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan," katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Daging Korban bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Pemulihan Akhlak, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, sidang Parlimen ini bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membahaskan isu besar seperti Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Iklan

Beliau berkata, persidangan kali ini lebih kepada penerangan oleh pihak jemaah menteri.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, semua wakil rakyat perlu memanfaatkan sebaiknya peluang tersebut untuk membincangkan isu Covid-19 yang sedang 'menyerang' negara pada masa kini.

Iklan

"Berilah kerjasama sebaiknya untuk kita harungi dan atasi sebaik mungkin ujian Covid-19 yang sedang dihadapi ketika ini," katanya.