Saya maafkan semua yang fitnah saya: Ebit Lew

Iklan
Ebit Lew

SHAH ALAM - Pendakwah, Ebit Lew mengambil pendekatan memaafkan semua pihak yang memfitnah beliau berhubung kontroversi sumbangan ke Gaza baru-baru ini.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew turut memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti keluarganya termasuk ayahnya yang sudah meninggal dunia, isteri dan anak-anaknya.

Iklan
Iklan

"Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajal, bodoh dan penunggang agama. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Pada Khamis, Ebit tampil membuat pendedahan secara langsung di media sosialnya berhubung beberapa tohmahan secara terbuka oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi yang juga aktivis, Caprice.

Iklan

Ebit berkata, niatnya membuat pendedahan tersebut hanya untuk menjelaskan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya semasa berada di bumi Gaza.

Sementara itu, Ebit mengajak orang ramai bersama-sama berdoa kepada ALLAH SWT agar wabak Covid-19 diangkat segera.

Iklan

"Semoga ALLAH SWT beri kekuatan kepada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.

"Sedang kita berselisih begini, ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal.

"Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih, keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN ALLAH bantu kami masuk ke Gaza dengan mudah dan betul: Ebit Lew

Saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Gaza: Ebit Lew


'Saya telah difitnah' - Ebit Lew