SUKAN Olimpik Tokyo 2020 akhirnya menyingkap tirai hari ini dalam stadium berkapasiti 68,000 tempat duduk yang hampir kosong selepas ditangguhkan setahun.
Perasmian temasya sukan terbesar dunia dilakukan Maharaja Jepun, Naruhito turut dihadiri ratusan perwakilan termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Jill Biden.
Iklan
Iklan
Penganjuran Tokyo 2020 dalam norma baharu berikutan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia bagaimanapun mendapat tentangan dalam kalangan rakyat negara itu apabila dikhuatiri perhimpunan lebih 11,000 atlet akan meningkatkan lagi kadar jangkitan wabak berkenaan.
Bagaimanapun, penganjur Tokyo 2020 mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat apabila penyokong luar negara dan tempatan juga tidak dibenarkan memasuki ke venue pertandingan.
Selain itu, atlet, kakitangan sokongan temasya dan pihak media juga perlu mematuhi SOP Covid-19 termasuk menjalani ujian dan pemeriksaan kesihatan pada setiap hari.