‘Dari pesan dengan helikopter, baik guna Nasi Kandaq Transporter’

Iklan
-Foto Twitter Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara berjenaka menafikan tuduhan gambar tular yang kononnya beliau memesan nasi vanggey menggunakan penghantaran helikopter.

Gambar yang dikongsi di laman Twitter milik Tengku Zafrul itu turut memaparkan beliau sedang menikmati hidangan nasi vanggey tersebut sewaktu makan tengah hari.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, gambar tular berkenaan adalah pada 16 Disember lalu.

"Lucu bila terima WhatsApp message kononnya saya pesan nasi vanggey guna helikopter. Pakai gambar lama dan crop tarikh.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan nasi ganja, ambil pesanan guna helikopter

"Memang seronok kalau makan nasi vanggey, tapi dari pesan guna helikopter, baik guna servis macam Nasi Kandaq Transporter, boleh juga bantu usahawan kecil,” ciapnya di Twitter pada Jumaat.

Iklan

Ciapan itu dibuat ekoran laporan media mengenai sebuah helikopter dinaiki dua lelaki yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur kemudian mendarat di padang Ipoh, Perak bagi mengambil tempahan nasi ganja pada Jumaat.

Susulan daripada itu, polis akan membuka kertas siasatan berhubung sebuah helikopter berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, siasatan dilakukan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah dan negeri.