Tiga lelaki diberkas miliki permit pergerakan palsu

Iklan
Tiga individu termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Subang Hi-Tech di sini pada Rabu. Gambar hiasan

SUBANG JAYA - Tiga individu termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Subang Hi-Tech di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) ternampak sebuah kereta Honda Accord yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan pada jam 6 petang.

Iklan
Iklan

"Pemandu kereta itu diarahkan memberhentikan kenderaan tetapi dia terus memecut laju.

Polis berjaya menahan kenderaan itu di Jalan Delima 1/1 Subang Hi-Tech di sini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Abd Khalid memberitahu, hasil pemeriksaan menemui satu dokumen permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan tiada nombor siri yang didaftarkan dan dua borang kosong permit pergerakan yang disyaki dicop oleh sebuah balai polis serta beberapa helai salinan borang tersebut.

"Kita syak borang tersebut dipalsukan.

Iklan

Kita masih belum menerima pengesahan ketulenan borang permit pergerakan dari balai polis berkenaan," katanya.

Tambh beliau, kesemua suspek berusia 19 hingga 23 tahun itu dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

"Pemandu kereta dibebaskan dengan jaminan polis manakala dua lelaki warga asing direman 14 hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186, 188, 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.