Saya minta ampun pada ALLAH: Janna Nick

Iklan

PELAKON Leftenan Zana, Janna Nick membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly jika dia telah menggores hati penerbit dan pelakon itu.

Menurut Janna, 24, dia sebolehnya enggan memberi sebarang komen terhadap figura yang sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior di dalam industri itu kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Iklan
Iklan

"Sebagai anak didiknya, saya banyak terhutang budi dan tak layak membuka mulut.

"Bila ramai yang kata posting yang dimuat naik sis Sheila ditujukan kepada saya, apa yang boleh saya katakan ialah saya meminta maaf kepada beliau.

Iklan

"Saya juga ada menghantar mesej memohon maaf secara peribadi, tapi tidak dilayan.

"Jadi bila saya dah minta maaf secara terbuka tak dilayan, saya minta maaf secara peribadi. Tapi kalau tak cukup juga, saya minta ampun pada ALLAH SWT," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Vivo V15 & V15 Pro di Sunway Pyramid, petang tadi.

Iklan

Ditanya bilakah dia merasakan permasalahan ini bermula, Janna mengakui, segalanya bermula ketika penggambaran Leftenan Zana.

"Leftenan Zana adalah sebuah cerita yang sangat sukar. Cerita yang sangat perit dan masing - masing ada tekanan. Malah selepas berlakon, hati saya pun jadi kering macam askar betul.

"Sampaikan bila saya masuk drama baru, susah untuk saya nak menangis sehinggakan saya terpaksa guna teknik untuk menangis. Itulah pertama kali dalam karier saya.

"Bila dah selesai penggambaran, apa sahaja dugaan saya boleh terima. Malah apabila Leftenan Zana ditayangkan, saya sangat sebak. Saya tak mahu jurang antara kami kini sebagai satu halangan untuk saya mempromosikan Leftenan Zana," katanya.

Dalam pada itu, Janna turut menolak dakwaan yang melihat krisis antara beliau dengan Sheila sebahagian gimik untuk mempromosikan Leftenan Zana.

Malah katanya, apa yang diharapkan, Sheila terbuka hati untuk memaafkannya dan hubungan mereka akan kembali pulih.

"Apa yang saya harapkan ini adalah kali terakhir saya bercakap mengenai isu ini dan sekiranya saya buat salah, saya minta maaf sekali lagi," akhirinya.

Hubungan rapat dan Janna dan Sheila serta keluarga penerbit dan pelakon itu sememang diketahui umum. Namun apabila Leftenan Zana mula ditayangkan, netizen mula dapat menghidu permasalahan mereka.

Lebih-lebih lagi apabila Sheila dilihat tidak lagi mengikuti media sosial Janna.