Kanak-kanak 17 bulan maut dipatuk ular

Iklan
Mangsa (dalam bulatan) bersama abangnya yang berusia tiga tahun. - Foto Ihsan media sosial

REMBAU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lima bulan maut selepas dipatuk ular dalam kejadian di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, mangsa, Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi Sabtu di Hospital Rembau.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, ketika kejadian lebih kurang jam 9 malam, mangsa sedang bermain dengan abangnya yang berusia tiga tahun di bilik tidur utama dan ibunya turut berada dalam bilik tersebut.

"Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba menjerit sebelum ibu mangsa melihat ada seekor ular masuk ke dalam lubang di bilik tersebut.

Iklan
Terdapat kesan patukan ular pada tangan mangsa. - Foto Ihsan media sosial

"Selepas itu, ibu mangsa mendapati terdapat kesan patukan ular di tapak tangan sebelah kiri anaknya lalu membawanya ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi Sabtu," katanya selepas mengesahkan laporan itu pada Sabtu.

Katanya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Masjid Lama Seberang Batu Hampar, Rembau pada Sabtu.