Mayat lelaki berdarah di hentian bas bebas Covid-19

Iklan
Gambar kejadian yang dimuatnaik di laman sosial Facebook pada Jumaat. - Foto FB Warga Kuantan Official.

KUANTAN - Mayat seorang lelaki yang ditemui terbaring dalam keadaan berdarah di sebuah hentian bas di Taman Kerang di sini pada petang Jumaat tidak melibatkan unsur jenayah dan bebas Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, berdasarkan keterangan saksi, mangsa yang berusia 65 tahun itu dipercayai batuk berdarah sebelum tidak sedarkan diri dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Iklan
Iklan

"Kejadian disedari rakan mangsa yang membuat panggilan kecemasan melalui MERS 999 untuk bantuan. Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota ke lokasi untuk pemeriksaan dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berdarah di bahagian mulut dan terdapat kesan tompokan darah atas simen.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Mohamad Noor berkata, hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kecederaan atau sebarang unsur jenayah dan hasil ujian saringan Covid-19 mendapati mangsa negatif pandemik itu.