Shopee lonjak pendapatan D’Kochet

Iklan

KUALA LUMPUR - Usaha memperluaskan perniagaan secara maya melalui platform Shopee ketika pandemik Covid-19 melanda negara, telah memanfaatkan pengasas dan pembuat kuih tempatan D’Kochet, sehingga memperoleh jualan bulanan menjangkau RM20,000.

Khairina Sulaiman, 52, berkata, jumlah jualan itu direkodkan semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan merupakan peningkatan empat kali ganda berbanding jualan hari biasa.

Iklan
Iklan

Bekas guru itu juga tidak menyangka dapat menjual lebih daripada 1,000 bungkus karipap sejuk beku di Shopee dengan harga RM6.50 untuk setiap set 10 biji kuih di platform tersebut.

"Pekerja sampai tidak menang tangan serta bekerja kuat untuk memenuhi segala pesanan pelanggan-pelanggan kami dan saya terkejut melihat permintaan terhadap kuih-muih Melayu di Shopee kerana belum lagi mencuba apa-apa pengiklanan di Shopee.

Iklan

"Saya telah mencuba platform lain sebelum ini tetapi proses pendaftaran agak rumit dan sistemnya tergantung beberapa kali sedangkan ia hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk melancarkan kedai Shopee D’Kochet,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Selain karipap, kilang Khairina di Seksyen 32, Shah Alam juga membekalkan kuih-muih tempatan lain seperti cucur badak, pulut panggang dan kuih koci kepada pemborong serta kafe di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Perak melalui ‘dropship’.

Iklan

Sementara itu, Pengurus Kanan (Pembangunan Perniagaan) Shopee Malaysia, Zed Li berkata, Shopee berbesar hati dengan kejayaan jenama tempatan di platform tersebut dan D’Kochet adalah antara bukti permintaan baharu pengguna Shopee terhadap makanan segar dan beku.

"Ini menunjukkan betapa pentingnya peniaga mengikuti trend baharu, menjejaki permintaan pelanggan dan bertindak pantas untuk memenuhi permintaan tersebut.

"Kami berharap bahawa cerita-cerita kejayaan ini boleh dijadikan iktibar dan mendorong lebih banyak perniagaan tempatan terutama peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membuka langkah kejayaan mereka di Shopee,” katanya yang juga berkongsi bahawa promosi 8.8 Brands Festival kini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 8 Ogos ini.

Bermula 20 Julai hingga 8 Ogos, pengguna Shopee berpeluang membeli barangan 100 peratus asli dengan harga serendah RM8, mendapat penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 dan potongan hingga 88 peratus setiap hari.

Sewaktu PayDay Sale yang akan berlangsung pada 25 Julai ini, para pembeli berpeluang memenangi baucar penghantaran percuma dan 500 Shopee Coins melalui Payday Mission Hours selain mendapatkan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum di kedai-kedai terpilih, Limited Time Deals dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari - https://shopee.com.my/m/8-8. - Bernama