Isu timbalan menteri nikah 'online': Imam Narathiwat digantung tugas

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat menggantung sementara tugas imam masjid di sebuah kampung di Sungai Golok, yang dipercayai menjalankan akad nikah secara dalam talian seorang individu didakwa timbalan menteri di negara ini.

Astro Awani melaporkan, Timbalan Yang Dipertuanya, Abdul Aziz Che Mamat, berkata penggantungan tugas imam berkenaan berkuat kuasa selama enam bulan bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atasnya.

Iklan
Iklan

"Imam berkenaan berusia 65 tahun, kita gantung tugasnya selama enam bulan bermula bulan Jun lepas. (Ia) selepas majlis akad nikah berkenaan, kita kenakan tindakan gantung tugas," katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, katanya pihaknya akan memanggil semua imam di sempadan Malaysia-Thailand melibatkan daerah Sungai Golok dan Buketa, yang bersempadan dengan Kelantan dalam masa terdekat.

Iklan

Abdul Aziz berkata, ia bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung ketetapan Majlis Agama Islam Narathiwat yang tidak mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

Media pada 4 Julai melaporkan, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat akan menjalankan siasatan berhubung isu majlis akad nikah berkenaan.

Iklan

Abdul Aziz dilapor menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tidak pernah lulus nikah secara dalam talian'

Beliau mengulas mengenai satu rakaman pernikahan melalui telefon yang didakwa membabitkan seorang Ahli Parlimen di negara ini berserta dua saksi, yang tular di media sosial.

Rakaman video dan salinan sijil nikah yang tular itu turut mendapat kritikan ramai kerana individu itu didakwa melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, pada 6 Julai, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi memohon maaf sekiranya isu akad nikah secara dalam talian yang dikaitkan dengannya, menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Beliau yang tidak mengesah atau menafikan kaitannya dengan isu berkenaan, berkata kesal dengan penularan perkara itu yang disifatkan sebagai sesuatu yang peribadi.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, beliau sedang meneliti tindakan perundangan ke atas pihak yang cuba mengaibkannya. - Awani