PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal mencatatkan kemenangan sebagaimana yang diharapkan apabila tewas kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 18-21, 21-10, 16-21 pada acara badminton Kumpulan D Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Plaza Sukan Mushashino, pada Sabtu.
Setelah tewas set pertama 18-21 dalam tempoh 21 minit, pasangan ranking ketujuh dunia itu mempamerkan kebangkitan pada set kedua bagi mencatatkan kemenangan 21-10 dalam tempoh 15 minit bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.