Lebih 2,000 mahasiswa terlibat kaji selidik rasuah

Iklan

SHAH ALAM - Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah dalam kalangan Mahasiswa’ dalam memberi kesedaran mengenai rasuah dan integriti kepada golongan itu.

Pemangku Presiden YARM, Mohd Rafee Md Aris berkata, objektif utama program itu adalah untuk mendepani gejala rasuah dari peringkat pengajian tinggi dalam kalangan mahasiswa.

Iklan
Iklan

Mohd Rafee berkata, tujuan kaji selidik tersebut dijalankan dalam kalangan pelajar universiti kerana YARM merasakan pandangan mahasiswa adalah penting kerana mereka bakal peneraju dalam jabatan kerajaan dan organisasi swasta.

"Sekiranya mahasiswa ini tidak merasakan bahawa rasuah ini adalah sesuatu yang mudarat, maka apabila mereka ada ruang dan peluang untuk melakukan rasuah maka mereka akan berbuat demikian, itu yang kita takut,” katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Rafee berkata, kaji selidik itu dilakukan di lebih 100 universiti iaitu institusi awam dan swasta."Lebih 2,000 mahasiswa terlibat dalam kajian ini dan kesemua mereka dalam kelulusan ijazah sarjana,” katanya.

Mohd Rafee

Mohd Rafee berkata, program itu bakal disiarkan secara langsung di www.sinarharian.com.my dan platform Facebook Sinar Harian pada 28 Julai ini bermula jam 3 petang.

Iklan

"Program itu turut mendapat kerjasama Inisiatif Pembaharuan Malaysia (MARI), Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Kedutaan AS Kuala Lumpur, Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Program tersebut akan dimulakan dengan sesi pembentangan oleh cendekiawan daripada Institut Pengajian Sains Sosial UPM, Profesor Madya Dr Hanina Hamsan, Profesor Madya Dr Akmar Hayati Abdul Ghazali dan Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman,” kata Mohd Rafee.

Menurutnya, sesi pertama itu turut membawakan pegawai integriti bertauliah iaitu CEO Mahasiswa Kedoktoran Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Norhaflinda Mohd Sahabuddin.

"Program akan diteruskan dengan sesi kedua bertajuk ‘Analisa dan Resolusi Rasuah’ oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

"Program itu berakhir dengan rangkuman ‘Sekilas bersama Mr Rasuah Busters’ daripada pemerhati bebas yang juga Pengarah Urusan Sinar Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub,” kata beliau.