KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga Sabtu mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata, setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.