Saya nak sangat jumpa PM: Anak P Ramlee

Iklan

SEMENYIH -"Saya nak sangat jumpa Tun Dr. Mahathir", kata anak kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali.

Menurutnya, keinginannya untuk bertemu dengan Perdana Menteri itu dianggapnya sebagai satu penghormatan tertinggi memandangkan beliau merupakan seorang negarawan yang menyumbang banyak jasa kepada negara.

Iklan
Iklan

Beliau menyatakan hasrat itu ketika menerima kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya bersama Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Sosial Briged Aman Malaysia serta Persatuan Gabungan Usahawan Warisan Kebangsaan di kediamannya di Kampung Sentosa, di sini hari ini.

Pada masa sama, Sazali, 60, menyatakan dia ketika ini tidak lagi mampu bekerja disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya temasuklah bengkak di kaki kanan akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2013.

Iklan

Malah, dia turut menyatakan turut mengidap masalah darah tinggi serta asma.

Abu Bakar ketika melakukan kunjungan kepada Sazali.

"Beginilah keadaan hidup saya sekarang, nak bergerak banyak pun tak boleh sangat. Nak berjalan pun terpaksa gunakan tongkat," katanya sambil berceloteh dan menceritakan mengenai filem serta nostalgia bersama Allahyarham P. Ramlee.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah dia 'Anakku Sazali'

Sebelum ini, Sinar Harian turut mengadakan wawancara eksklusif bersama anak lagenda berkenaan.

Dalam pada itu, Abu Bakar ketika ditemui menyifatkan kunjungan beliau ke rumah Sazali adalah untuk melihat sendiri keadaan hidup anak kepada Seniman Agung itu yang difahamkan mengalami masalah kesihatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kunjungan tersebut bukan kerana PRK yang berlangsung di Semenyih tetapi atas jemputan Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Sosial Briged Aman Malaysia yang turut dihadiri Pengerusi pertubuhan itu, Azhari Yusof manakala Persatuan Gabungan Usahawan Warisan Kebangsaan diwakili Pengerusinya, Mohammed Yasri Mohd. Bedu.

"Kebetulan juga NGO-NGO ini menyumbangkan barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga Sazali. Saya pula sempat menyampaikan salam Dr. Mahathir kepada Sazali dan ahli keluarganya," ujar beliau.