Rumah jadi 'makmal' ketum digempur

Iklan
Bungkusan air ketum yang dirampas dalam serbuan di Kampung Delek, Klang pada Jumaat.

KLANG - Sebuah rumah di Kampung Delek, di sini yang menjadi 'makmal' memproses dan menyimpan air ketum diserbu polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan kira-kira jam 10 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan hasil aduan awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan itu dua lelaki berusia 37 tahun dan 42 tahun diberkas.

"Suspek pertama berusia 37 tahun ditahan di Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang dan polis merampas satu bungkusan air ketum.

Iklan

"Suspek kemudian memandu arah yang membawa kepada tangkapan suspek kedua serta rampasan 100 bungkusan air ketum di sebuah rumah di Kampung Delek," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Polis merampas bungkusan air ketum dalam serbuan di Kampung Delek, Klang pada Jumaat.

Beliau berkata, nilai rampasan air ketum dianggarkan RM1,010 dan siasatan turut mendapati rumah di Kampung Delek dijadikan tempat memproses dan stor air ketum.

Iklan

"Suspek dipercayai aktif sejak empat bulan lalu dan air ketum itu akan diedarkan di sekitar Klang.

"Polis percaya daun ketum diperoleh daripada seorang lelaki tempatan di Pulau Indah dan usaha memburunya giat dijalankan," ujarnya.

Tegasnya, kedua-dua suspek kini direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun.