Instameet Malaysia 2018 ingin realisasikan kempen 'Tak Nak Straw'

Iklan
Instameet Malaysia

Paradoxx Ventures daripada Fakulti Pengurusan dan Peniagaan akan menganjurkan Instameet Malaysia 2018 pada 8 Disember 2018 di Eco Grandeur, Puncak Alam.

Program ini merupakan salah satu projek tahun akhir yang dikendalikan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda di UiTM kampus Puncak Alam.

Iklan
Iklan

Instameet Malaysia menyediakan platform yang sesuai kepada pengunjung untuk mengetahui kepelbagaian unik tentang penggunaan instagram yang mana ianya boleh membawa kepada hubungan yang baik antara mereka di dalam satu majlis. Idea yang diberikan oleh pelajar tahun akhir ini mampu menjadikan program ini sebagai satu fenomena festival yang diingati dan instagrammable.

Poster Instameet Malaysia 2018

Program yang akan berlangsung selama satu hari 8 Disember 2018 (Sabtu) bermula jam 2.00 petang sehingga 10.00 malam ini menggalakkan pengunjung untuk membawa bekas minuman dan makanan untuk mengurangkan penggunaan plastik di dalam majlis Instameet Malaysia 2018 dengan merealisasikan dan mempromosikan gaya hidup eko-hijau atau kempen ‘Tak Nak Straw’.

Iklan

‘From Virtual to Reality!’ Sama ada anda berdiri di sekeliling bersembang tentang fotografi atau makanan kegemaran anda, mengambil gambar tanpa henti, atau hanya berjalan-jalan, nikmatilah permainan #Photowalk challenge kami dan kenali komuniti anda.

Lakukan yang terbaik untuk membuat semua orang berasa dialu-alukan dan disertakan.

Iklan

Sekiranya terdapat instagrammers yang tidak dapat mengambil bahagian, mereka boleh menyertai aktiviti lain seperti bengkel #InstaVlog oleh Pocket Production, bengkel #InstaBeauty oleh Zakirah Zainal dan mini konsert penutupan pada malam hari oleh artis terkenal Arja Lee serta Amir Aliff, Kucaimars, Dalia Farhana dan lain-lain. Kami menampilkan penampilan istimewa iaitu Amy search!

Masuk adalah percuma.