Pengasuh, suami, anak saudara didakwa dera dua beradik

Iklan
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mendera dua beradik berusia tiga serta dua tahun, Jun lalu.

JOHOR BAHRU - Seorang pengasuh, suami serta anak saudaranya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dua pertuduhan mendera dua beradik berusia tiga serta dua tahun, Jun lalu.

Tertuduh, Fazelina Mohd Lias, 37, suaminya, Mansor Saat, 57, dan anak saudara perempuannya yang berusia 13 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Iklan
Iklan

Mengikut kedua-dua kertas pertuduhan, Fazelina, Mansor dan anak saudaranya yang secara bersama menjaga dua kanak-kanak yang masing-masing berusia tiga dan dua tahun, dituduh menganiayai kanak- kanak terbabit sehingga mereka mengalami kecederaan fizikal.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 10 Jun lalu.

Iklan

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mendera dua beradik berusia tiga serta dua tahun, Jun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua kanak-kanak didera pengasuh, tiga termasuk suami isteri ditahan

Mahkamah juga hendaklah menambah hukuman tambahan mengikut Seksyen 31(2) iaitu bon berkelakuan baik selama tempoh serta syarat ditetapkan mahkamah selain melaksanakan khidmat masyarakat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Muhammad Qaiyyum kemudian menawarkan jaminan masing-masing sebanyak RM20,000 terhadap Fazelina dan suaminya, selain RM5,000 terhadap remaja itu.

Timbalan Pendakwa Raya juga memohon syarat tambahan supaya ketiga-tiga tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Sementara itu dalam rayuannya, Fazelina merayu mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berikutan dia hanya surirumah dan tidak bekerja manakala suaminya merayu kerana pendapatan RM1,600 selain menanggung seorang anak.

Hakim kemudian membenarkan pengasuh terbabit dan suaminya dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta ibu bapa remaja itu diperintahkan membayar RM1,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Ogos depan untuk penyerahan dokumen termasuk laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 17 Jun lalu, media melaporkan seorang pengasuh, suami serta anak saudaranya dari Taman Bukit Kempas ditahan polis pada 17 Jun, dipercayai mendera dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun sejak Jun lalu.

Akibat penderaan yang dilakukan, kedua-dua kanak-kanak itu mengalami kecederaan tisu lembut dan kini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah.