Long Tiger jalani kuarantin, pendakwaan tangguh

Iklan
Ayob Khan

JOHOR BAHRU - Pendakwaan terhadap seorang lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger di Mahkamah Majistret Tangkak sepatutnya dilaksana pada Ahad ditangguhkan kerana suspek perlu menjalani kuarantin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, Long Tiger dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Long Tiger akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Long Tiger akan didakwa esok

Ayob Khan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor mengesahkan, Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk melakukan pendakwaan kes ke atas Long Tiger selepas meneliti kertas siasatan.

Long Tiger ditahan polis dalam satu serbuan di Muar kerana dipercayai terlibat dalam kes mengurung bekas pekerjanya.

Iklan
Iklan

Suspek berkenaan direman empat hari bermula pada 13 Julai lalu.