GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai pengiringnya disahkan positif Covid-19.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kon Yeow berkata, keputusan saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) beliau yang dijalankan pada Jumaat lalu menunjukkan keputusan negatif.