Agensi agama Islam di Perlis ganda usaha kekang penularan Covid-19

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin (kiri) bersama Mohd Nazim ketika menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Norbayah di Kampung Behor Mempelam, Tambun Tulang di sini pada Sabtu.

ARAU - Agensi agama Islam di Perlis terus menggandakan usaha bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini melalui kapasiti dan bidang kuasa masing-masing.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, MAIPs bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri memainkan peranan masing-masing bagi menghulurkan sumbangan kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Semua agensi ini akan berusaha lebih keras lagi selain berusaha menghentikan penularan wabak Covid-19 dengan keputusan dasar dan pelaksanaannya dalam segenap urus tadbir," titah baginda ketika berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Norbayah Mohd Saleh, 50, di Kampung Behor Mempelam, Tambun Tulang di sini pada Sabtu.

Hadir sama mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Iklan

Titah baginda, antara inisiatif yang dilaksanakan, Perlis telah menjadi negeri pertama di Malaysia malah antara yang terawal di dunia mengambil langkah menangguhkan pelaksanaan aktiviti pengimarahan di masjid pada 13 Mac 2020 dan menjadi yang pertama kembali membuka semula pengimarahan masjid.

"Selain itu, agensi ini akan terus berikhtiar serta berhati-hati menyusun atur segala ketetapan prosedur operasi standard (SOP) di bawah pengurusan mereka.

Iklan

"Agensi ini juga akan berusaha menawarkan alternatif kepada masyarakat dalam melaksanakan ibadah fardu seperti sebelum ini sehingga menjadi rujukan termasuk di luar Perlis dan luar negara," titah baginda.

Untuk rekod, sejak negara dilanda pandemik Covid-19 awal tahun lalu, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang mencatatkan kes Covid-19 di bawah paras 1,000 kes sehingga Ahad.