KUANTAN - Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Kesihatan Daerah Pekan terbabas ketika dalam perjalanan menghantar bekalan vaksin ke Klinik Kesihatan Chini di Pekan akibat terlanggar babi, kira-kira jam 9 pagi, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, bagaimanapun pemandu kenderaan itu yang berusia 46 tahun dan seorang pegawai farmasi berusia 39 tahun tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Pekan-Batu Balik itu.