Cubaan seludup ayam sejuk beku dari Thailand gagal

Iklan
Ayam sejuk beku dan peket makanan yang mahu diseludup dirampas di sebuah ladang di Rantau Panjang pada Ahad.

RANTAU PANJANG - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menggagalkan cubaan menyeludup ayam sejuk beku seberat 4.7 tan dan 900 peket makanan dalam serbuan di sebuah ladang di Kampung Lubuk Setol di sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan bernilai RM61,650 itu dilakukan pada jam 3.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Semasa melakukan rondaan rutin pada jam 2 pagi, sepasukan anggota PGA telah melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak-kotak dan bungkusan plastik ke dalam dua buah lori tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, gerak-geri mencurigakan itu telah diperhatikan oleh anggota PGA sebelum bertindak melakukan serbuan mengejut.

Iklan

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PGA, kumpulan lelaki tersebut bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran lokasi serbuan.

"Terkejut dengan serbuan itu, pemandu lori itu telah memecut laju meninggalkan lokasi bagi mengelak dicekup anggota PGA," katanya.

Iklan

Nor Azizan berkata, selepas hampir satu jam setengah, anggota PGA menjumpai dua buah lori yang telah dijejaki sebelum ini.

"Pemeriksaan ke atas lori-lori itu membawa kepada penemuan barangan rampasan tersebut," jelas beliau.

Nor Azizan berkata, siasatan awal mendapati barangan dari Thailand itu dibawa masuk secara tidak sah menggunakan pangkalan haram.

"Kesemua barangan ini dibawa masuk untuk pasaran tempatan selepas mendapat permintaan tinggi.

"Kes disiasat bawah Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011," katanya.