Rai hari lahir tanpa Ahmad Dhani

Iklan
Mulan Jameela dan Shafeea Ahmad serta anak-anak yang lain.

ANAK sulung, penyanyi Ahmad Dhani melalui perkahwinannya dengan Mulan Jameela, Shafeea Ahmad menyambut ulang tahun ke-8, semalam.

Meskipun ketiadaan Ahmad Dhani, Mulan Jameela tetap meraikan hari lahir anaknya itu di mana momen itu turut dikongsikan di Instagram (IG) miliknya.

Iklan
Iklan

Bukan sahaja bersama keluarga, malah ulang tahun Shafeea itu turut di adakan di sekolah bersama rakan-rakannya.

Melalui perkongsian itu, Mulan Jameela turut meninggalkan kapsyen.

Mulan Jameela dan Shafeea Ahmad serta anak-anak yang lain.

Iklan

"BarakAllah fii umrik (semoga ALLAH memberkatimu di usiamu) Shafeea Ahmad...," tulisnya.

Perkongsian itu membuat netizen terharu dan rata-rata turut mengucapkan selamat ulang tahun buat Shafeea.

Iklan

"Selamat ulang tahun Shafeea sayang semoga makin dewasa dan jadi kebanggaan ayah ibu ya sayang," tulis ririnrinura.

"Selamat ulang tahun buat putri kecilnya, sihat dan bahagia selalu @mulanjameela1," tulis yeyenundayani.

"Selamat ulang tahun anak cantik shafeea selamat di setiap tahun, makin soleh dan pintar... @mulanjameela1," tulis audrey_lestari.

Sementara itu, Mulan Jameela turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat hari lahir buat puterinya itu serta mendoakan kesejahtaeraan mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani dipenjara 18 bulan, Konsert Dewa 19 diteruskan