[DIKEMAS KINI] RATU gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Farah Ann yang tampil ceria dengan leotard berwarna jingga di Pusat Gimnastik Ariake mengumpul keseluruhan 48.565 mata selepas melengkapkan empat rutin wajib.
Gimnas berusia 27 tahun itu yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik, memulakan aksi dengan disiplin palang bertingkat mengutip 11.600 mata sebelum meraih 11.566 bagi saingan batang titian.
Dalam disiplin senaman lantai, Farah Ann mengutip 12.333 sebeum dia meraih mata tertinggi dalam melombol yang juga aparatus terakhirnya dengan catatan 13.166 mata.
Untuk rekod, hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara individu all around yang akan berlangsung pada Khamis ini.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan pencapaian Farah Ann memuaskan walaupun tidak berjaya melayakkan diri ke pentas final.
"Persembahan yang ditunjukkan oleh beliau cukup memuaskan terutama dalam acara individual apparatus balance beam apabila mata yang dipungut menunjukkan peningkatan prestasi.
"Pungutan mata all around juga hanya dengan perbezaan kurang 1.333 mata jika hendak dibandingkan dengan pencapaian pada World Championship 2019," katanya.