Lagi paus mati terdampar

Iklan
Puluhan paus pilot tersebut dijumpai mati terdampar di pantai Kepulauan Chatham di New Zealand.

WELLINGTON - NEW ZEALAND. 51 paus spesies pilot ditemui mati selepas terdampar di pantai Kepulauan Chatham di New Zealand.

Sehingga kini, lebih 200 paus dijumpai mati dalam insiden berasingan sejak minggu lalu di wilayah terbabit.

Iklan
Iklan

Jabatan Pemuliharaan New Zealand (DoC) memaklumkan antara 80 dan 90 ditemui terdampar di Hanson Bay, semalam.

Beberapa daripadanya berjaya mengapungkan diri sepenuhnya manakala puluhan bangkai telah ditanam di kawasan berhampiran pantai itu.

Iklan

Menurut DoC, sampel kulit dan lemak haiwan itu turut diambil untuk dianalisis.

Kejadian itu berlaku tidak sampai seminggu selepas 145 paus pilot dijumpai mati di pantai terpencil di Pulau Stewart. - BBC

Iklan