Sesi penerangan sahaja tidak membantu atasi Covid-19: Dr Mahathir

Iklan
Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung pada Isnin tidak tidak perlu kepada sesi penerangan sebaliknya apa yang diperlukan adalah perbahasan.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesi penerangan sahaja tidak membantu mengatasi masalah Covid-19 di negara ini.

Iklan
Iklan

"Selama lima hari (sidang Parlimen) kita akan dengar menteri menjelaskan pelan (Pelan Pemulihan Negara) mereka dan pelan mereka sudah tentu tidak berkesan.

"Sejak pelan ini diumumkan kes (Covid-19) meningkat.

Iklan

"Saya berpendapat pandangan semua (ahli Parlimen) perlu diberi," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Jelasnya, dalam keadaan kes yang sudah mencecah lebih 17,000 sehari ketika ini sudah tiba masanya tindakan drastik diambil untuk mengekang penularan wabak yang membawa maut itu.

Iklan

"Inilah yang dihadapi rakyat sekarang ini, setiap hari 200 orang akan meninggal.

"Tetapi ini tidak ditumpukan di sidang Dewan Rakyat adalah majlis penerangan. Kita tidak perlu sebab kita sudah baca pelan dan ia tidak akan berjaya," katanya.