Benar industri pembinaan beroperasi keputusan baik: PKBM

Iklan
Kerajaan membenarkan sektor pembinaan beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat. (Gambar hiasan)

SHAH ALAM - Kebenaran industri pembinaan untuk beroperasi sepenuhnya merupakan keputusan yang baik untuk dinikmati oleh rakyat.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yussof berkata, perlaksanaan tersebut perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan keseluruhan pekerja divaksin.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sektor pembinaan sering menjadi pemangkin di dalam industri ekonomi dengan kadar ‘multiplayer effect’ yang sangat tinggi.

"Ketika ini, ramai kontraktor terkesan dan semakin tertekan dari G1 hingga ke G7 yang merasakan keperitan pandemik ini.

Iklan

"Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Kementerian Kerja Raya banyak memberikan bantuan terutama inisiatif bersama dalam program CIVAC-Construction Industry Vaccination.

"Program itu juga memperuntukkan tambahan sebanyak 100,000 dos vaksin lagi bagi petugas industri binaan bermula Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada Sabtu, kerajaan memutuskan untuk membenarkan sektor pembinaan beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet yang lalu selepas mengambil kira tidak sampai 40 peratus bajet pembangunan yang diperuntukkan digunakan tahun ini berikutan sektor pembinaan tidak dapat beroperasi ketika ini.

Dalam pada itu, Azman berkata, PKBM berharap semua sektor ekonomi dapat beroperasi semula tanpa berkompromi tentang SOP yang ketat di dalam norma baharu.