KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lepas hingga Ahad mencecah 17,317,553 dos suntikan di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian dalam Twitter berkata, setakat jam 11.59 malam Ahad jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,519,845 atau 16.9 peratus.