City terus buru Kane, Grealish

Iklan
Kane (kiri) dan Grealish pada Euro 2020 baru-baru ini.

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Manchester City tidak mahu mengalah bagi mendapatkan khidmat dua tonggak England, Harry Kane dan Jack Grealish bagi mengharungi saingan musim baharu EPL, kelak.

Selain EPL, kehadiran kedua-dua pemain berkenaan juga diharapkan dapat membantu City bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara (UCL), yang dijangka lebih sengit, musim ini.

Iklan
Iklan

Menurut satu kenyataan kelab berkenaan, usaha membawa masuk kedua-dua pemain itu ke Etihad tetap diteruskan biarpun sedang berdepan dengan siasatan berhubung isu Pengurusan Kewangan yang Adil (FFP) di mahkamah ketika ini.

"Kami tidak akan menyerah kalah dan tetap mahu memastikan kedua-dua pemain berkenaan dapat dibawa ke Etihad musim panas ini.

Iklan

"Kedua-dua pemain ini juga diharapkan dapat membantu kami untuk mencatat lebih banyak kejayaan musim ini, sama ada bagi saingan EPL mahu pun bagi saingan Liga Juara-Juara nanti," menurut kenyataan berkenaan.

Difahamkan, rundingan berhubung perkara itu masih terus berjalan bagi membawa Kane dari Tottenham Hotspur dan juga Grealish (Aston Villa) ke Etihad.

Iklan