PERENANG Australia, Ariarne Titmus, membuktikan kehebatannya dengan mengetepikan pemegang rekod dunia, Kathleen Ledecky dari Amerika Syarikat untuk meraih emas dalam 400 meter gaya bebas wanita di Sukan Olimpik Tokyo di sini pada Isnin.
Aussie mengatasi Ledecky pada 100 meter terakhir meninggalkan pencabarnya di tempat kedua, dengan catatan masa tiga minit 56.69 saat, lapor Xinhua.
Ledecky meraih perak dengan catatan masa 3:57.36 saat manakala perenang China, Li Bingjie merangkul gangsa. - Bernama