KUALA LUMPUR - Satu jam pertama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi Isnin panas dengan celahan serta pertanyaan daripada lebih 15 ahli Parlimen blok pembangkang, yang kebanyakannya merujuk Peraturan Mesyuarat, mempersoal ketiadaan sesi perbahasan serta pengundian bagi perkara dibentangkan menteri-menteri.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi), Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) dan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) antara yang bangkit meluahkan ketidakpuasan hati mereka mengenai sesi Dewan Rakyat yang bermula Isnin selama lima hari.
Dr Mahathir semasa bangun mencelah mendakwa kerajaan Perikatan Nasional cuba memperdaya dunia dengan mengadakan mesyuarat khas Dewan Rakyat yang digelarnya sebagai ‘majlis taklimat’ tanpa perbahasan.
"Ini adalah satu penipuan lebih-lebih lagi apabila tekanan wabak Covid-19 menjadi alasan untuk isytihar darurat, tidak dibentang dalam Dewan ini untuk dibahas.
"Berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), jika kerajaan ingin maklumkan kepada Dewan ini berkenaan pelan negara, kita tak perlu kepada penerangan. Kita perlu kepada perbahasan (mengenai) penderitaan rakyat, tetapi ini tak termasuk dalam agenda,” kata bekas perdana menteri itu. - Bernama
AKAN MENYUSUL