KUALA LUMPUR - Wakil pembangkang mendakwa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang membuka tirai pada Isnin sekadar sesi 'sembang' semata-mata.
Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) berkata, berdasarkan aturan mesyuarat tiada sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat khas itu.
Iklan
Iklan
"Sungguhpun sesi ini dipanggil mengikut peraturan tetapi kami di pihak ahli Parlimen pembangkang melihat ia sekadar sembang-sembang di Parlimen.
"Parlimen merupakan badan tertinggi di Malaysia yang membuat keputusan untuk negara terutamanya membabitkan undang-undang kerana ia dibuat oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Tetapi aturan mesyuarat yang ditetapkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ini seperti sembang-sembang di kopitiam," katanya pada sidang akhbar di Bilik Media Parlimen di sini pada Isnin.
Jelasnya, sidang Parlimen yang pertama diadakan tahun ini seharusnya membuka ruang kepada semua ahli Parlimen berbahas tentang apa yang dilaksanakan kerajaan sepanjang tempoh darurat sebelum ini.