Jurukimpal rogol anak saudara OKU dijel 25 tahun, 20 sebatan

Iklan
Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana merogol kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun. Foto Kosmo.

TEMERLOH - Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana merogol kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 27 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol mangsa yang merupakan anak saudara kepada isterinya.

Iklan
Iklan

Manira menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 21 Julai lepas, manakala penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua yang akan berjalan selepas selesai hukuman pertama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Karak di sini antara jam 11 pagi dan 12 tengah hari sekitar pertengahan Jun lepas dan pada jam 11 pagi 19 Julai lepas.

Iklan

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman sebat yang lebih supaya hukuman penjara dapat dikurangkan atas alasan dia mempunyai seorang anak kecil.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilah Md Ali memohon mahkamah mempertimbangkan faktor tertuduh telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang OKU pembelajaran yang dijaga isterinya sejak mangsa masih bayi.

Katanya, perbuatan tertuduh terbongkar selepas mangsa mengadu kepada neneknya. - Bernama