Protes lima minit di Hoshas

Iklan
Pegawai perubatan kontrak berpakaian serba hitam sempena protes tersebut yang berlangsung secara serentak seluruh negara.

TEMERLOH -"Kami mahu tetap dan bukan kontrak," itu luahan 40 pegawai perubatan kontrak yang menyertai protes aman di ruang lobi utama di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( Hoshas) di Temerloh pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketika protes lima minit yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi di hospital itu, mereka berpakaian serba hitam dan memegang pelbagai sepanduk menyuarakan isi hati dengan harapan kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi.

Turut kelihatan anggota polis yang memantau di ruang lobi hospital terbabit.

Iklan