AMK Perak desak kerajaan perjelas penamatan Ordinan Darurat

Iklan
MOHAMAD HAIRUL AMIR

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak mendesak kerajaan segera memberikan penjelasan mengenai penamatan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu.

Ketuanya, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, bukan sahaja ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat pada Isnin terkejut dengan pengumuman itu tetapi rakyat juga tidak mengetahuinya.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, tindakan itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab oleh menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana menyembunyikan perkara terbabit.

"AMK Perak mendesak agar pekara ini diperjelaskan oleh kerajaan dengan kadar segera, bukan dalam masa tiga bulan agar tidak menjadi tanda tanya dan menimbulkan perpepsi yang tidak baik daripada rakyat.

Iklan

"Kami mengecam keras tindakan kerajaan menyembunyikan penamatan Ordinan Darurat ini. Rakyat harus mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohamad Hairul berkata, AMK Perak beranggapan sekiranya Parlimen tidak bersidang, perkara ini tidak akan diketahui oleh rakyat dan akan terus disembunyikan oleh kerajaan.

Iklan

Dalam perkembangan sama, beliau turut mendesak agar sesi perbahasan Parlimen dibenarkan selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen bersidang dan membahaskan Ordinan Darurat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan ketika persidangan di Dewan Rakyat.

[Artikel berkaitan: Darurat ditamatkan 1 Ogos]