Nguyen Xuan Phuc dilantik Presiden Vietnam

Iklan
Nguyen Xuan Phuc. Foto AFP

HANOI - Nguyen Xuan Phuc dipilih sebagai Presiden Vietnam untuk tempoh 2021-2026 pada Isnin semasa sesi pertama Perhimpunan Kebangsaan (NA) ke-15 di Hanoi.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), usul mengenai pemilihan itu disokong 483 ahli Parlimen atau 96.79 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Iklan
Iklan

Pelantikan itu akan berkuat kuasa sejurus selepas diluluskan oleh badan perundangan.

Phuc, 67, berasal dari wilayah Quang Nam, adalah ahli Politburo untuk tempoh ke-11, 12 dan 13, ahli Jawatankuasa Pusat Parti untuk tempoh ke-10, 11, 12, 13, dan wakil NA dari tempoh ke-11, 13, 14 dan 15.

Iklan
Iklan

Beliau pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-13 dan ke-14. - Bernama