Wan Saiful selar ahli Parlimen DAP tidak tahu hormat

Iklan
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan menyelar tindakan ahli Parlimen DAP yang langsung tidak tahu menghormati apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sidang Parlimen membaca Al-Fatihah untuk mangsa Covid-19.

Katanya, perkara itu merupakan akibat apabila memasuki sidang Parlimen dengan niat yang salah.

Iklan
Iklan

"Saya jangka selepas ini DAP mungkin akan kata mereka minta maaf. Itu biasa. Buat dulu, minta maaf. Buat lagi. Minta maaf. Kemudian buat lagi. Dan minta maaf lagi sekali.

"Sudah banyak kali lakonan minta maaf ini kita saksikan. Dalam video ini, jelas sekali sikap mereka. Bila nak berubah agaknya?” soalnya melalui status yang dimuat naik bersama sebuah video di Facebooknya pada Isnin.

Iklan

Menerusi video itu, kelihatan Muhyiddin meminta supaya ahli Parlimen membaca Al-Fatihah dan bertafakur sejenak untuk mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Bagaimanapun, wakil pembangkang DAP terutamanya terus bangun mencetuskan suasana riuh meminta ‘point of order’.

Iklan

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, adalah baik sekiranya niat memasuki Parlimen dijadikan betul-betul untuk rakyat.

"Tak perlu terpekik terlolong macam ini. Ini masa untuk kita tumpu kebajikan rakyat secara bersama. Bukan hingga tak tahu hormat pada agama dan adat kita,” katanya.