Doktor kontrak diminta timbang tawaran kerajaan

Iklan
Sahruddin

JOHOR BAHRU - Perikatan Nasional (PN) Johor merayu semua doktor lantikan kontrak di seluruh negara terutama terus memberi tumpuan kepada tugas hakiki mereka.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yakin kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengiktiraf sumbangan golongan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan juga diyakini sedang memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kemelut yang melanda mereka.

"Sebelum ini, kerajaan telah bersetuju melanjutkan tempoh kontrak selama dua tahun selepas melengkapkan tempoh berkhidmat wajib.

Iklan

"Tawaran yang diberi ini wajar dipertimbangkan ketika ini sebelum dibincangkan secara serius bagi meraih situasi menang-menang selepas pandemik Covid-19 reda," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada jam 11 pagi Isnin, ribuan doktor kontrak di seluruh negara melakukan mogok mendesak kerajaan supaya mereka mendapat jawatan tetap.

Iklan

Ini termasuk lebih 30 doktor kontrak yang berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Menurut beliau, khidmat doktor lantikan kontrak amat diperlukan terutama untuk merawat pesakit di unit rawatan rapi (ICU) yang turut bertambah.