PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora menyifatkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Ahad penting dalam memperkukuhkan cengkaman pendahulu liga tersebut.
"Pada awal perlawanan, malangnya perkara yang saya tidak mahu berlaku di mana lawan berjaya menjaringkan gol pertama. Saya boleh katakan UiTM FC melakukan tugas yang cukup baik, mereka benar-benar berjuang untuk mencari peluang menambah jaringan.
Iklan
Iklan
"Tetapi, apa yang penting adalah bagaimana pemain saya melakukan kebangkitan dan mereka menunjukkan bahawa mereka tahu apa tugas yang perlu dilakukan untuk kembali berada di depan dan menang perlawanan ini,” katanya.
Pada aksi di laman sendiri itu, Harimau Selatan terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan pemain import baharu The Lions, Joel Vinicious Silva Dos Anjos pada minit ke-43', sebelum Gonzalo Cabrera menyamakan kedudukan lima minit selepas babak kedua bersambung.
JDT kemudian melebarkan jaringan menerusi Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-71' sebelum Bergson Da Silva melengkapkan gol kemenangan bergaya Harimau Selatan pada minit ke-87'.