Zhengzhou laksana operasi nyahjangkit pasca hujan lebat

Iklan
Kehidupan masyarakat tempatan beransur pulih sambil kerja-kerja nyahjangkit turut dilaksanakan.- Foto The Guardian

ZHENGZHOU - Kerajaan wilayah Henan melaporkan sekurang-kurangnya 63 nyawa terkorban dan lima individu lagi hilang akibat hujan lebat di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, kehidupan masyarakat tempatan beransur pulih sambil kerja-kerja nyahjangkit turut dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Jelas Biro Pentadbiran Kecemasan Henan, sehingga Ahad, sebanyak 11.4478 juta penduduk di 139 buah kaunti (bandar, daerah) dan 1,464 buah pekan terjejas, menyaksikan hampir 900,000 individu terpaksa dipindahkan.

Operasi menyelamat termasuk membina empangan sementara, menyelamatkan mangsa terperangkap, memindahkan penduduk dan penyahairan.

Iklan

Misi itu melibatkan lebih 56,000 anggota penyelamat yang dilaksanakan di enam kawasan termasuk Zhengzhou, Xinxiang, Zhoukou, Hebi, Kaifeng dan Xuchang.

Sementara itu, kerja pembersihan sampah sarap dan lumpur serta penyahjangkit yang dilaksanakan di bandar Zhengzhou turut merangkumi bangunan kediaman, stesen pembuangan sampah, tandas awam, taman, pasar, jalan, tapak pembinaan, tapak kediaman sementara, kampung dan pusat penternakan. - Bernama

Iklan