Gambaran Tanah Perkuburan Islam yang dirakam pada waktu senja di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Putrajaya hari ini.
Kematian akibat jangkitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 207 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 207 kematian dicatatkan dengan 1,009 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) selain 524 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 165,840 kes aktif.