Saya nekad kejar impian: Soniia

Iklan
Soniia Cheah - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Pemain badminton perseorangan wanita negara, Soniia Cheah berkata, beliau nekad untuk mengejar impiannya dalam acara badminton, walaupun pernah mengalami kecederaan pada tendon achilles lapan tahun lalu.

Selepas kerja keras hampir satu dekad, penuh dengan pengorbanan dan penantian, pemain berumur 28 tahun itu sudah bersedia untuk membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik esok, berhadapan dengan Laura Sarosi dari Hungary dalam Kumoulan Group N, di gelanggang Musashino Forest Sports Plaza, Tokyo.

Iklan
Iklan

Soniia berkata, beliau sudah bersedia untuk membuktikan bahawa keputusannya untuk meneruskan impiannya adalah tepat, selepas mula bermain badminton sejak berusia 10 tahun.

"Ia keputusan nekad yang saya buat kira-kira lapan tahun lepas, saya sanggup memberikan segala yang termampu untuk sampai ke sini walaupun terdapat banyak kesangsian sama ada saya mengambil keputusan yang betul atau salah.

Iklan

"Saya bernasib baik dan bersyukur, kerana mendapat sokongan keluarga serta sahabat bagi membolehkan saya mengejar impian (walaupun ada yang merasakan ia tidak berbaloi). Bagi saya ia amat bernilai, seumur hidup,” kata pemenang pingat perak Sukan Komanwel itu dalam catatan Facebooknya pada Isnin.

Dengan ketinggian 175sm, Soniia telah menjalani empat pembedahan yang berkaitan dengan kecederaan tendon achilles sejak 2013, selain pernah mengalami kecederaan buku lali semasa di Sukan SEA 2019.

Iklan

Adik kepada bekas pemain negara, Lydia Cheah itu turut memberi penghormatan kepada bapanya Cheah Kim Leng dan ibunya Helen Low kerana membenarkan mereka adik beradik memilih sukan badminton sebagai karier.

Selepas menentang pemain Hungary, Soniia dijangka menghadapi laluan sukar apabila berhadapan dengan pemain pilihan kelima, Ratchanok Intanon dari Thailand pada Rabu. - Bernama